Nak jual produk digital atau servis di Shopee? Dulu, ada option mudah bagi pertukaran dari SSL ke NON SSL, kini pilihan penghantaran di Shopee secara automatiknya adalah melalui penghantaran melalui kurier. Jadi jika anda menjual produk digital dalam format PDF, menggunakan email sebagai medium penghantaran produk anda, maka anda tiadalah urusan mengepos produk secara fizikal kan?
Jadi bagaimana caranya untuk kita menukar status penghantaran bagi produk digital dan servis di Shopee kepada NON SSL?
Mudah sahaja ya. Jom
Mula-mula, login ke akaun Shopee Seller Center
Pergi ke Shipping Setting
Secara automatik, beginilah setting shipping bagi semua Shopee Seller. |
Di sini jugalah sebenarnya anda boleh buat penukaran atau penambahan, NON SSL bagi produk digital atau servis yang anda ingin jual di Shopee
Lihat di bahagian bawah Shipping tab, ada tertulis Need to use non-SSL? Click here to know more. < Sila tekan Click here>
Tetapi mudahnya, saya kongsikan terus di sini ya, anda akan perlu mengisi borang, isikan borang ini, masukkan link produk digital yang ingin anda promosikan di Shopee, kemudian tekan submit.
Ada 2 dokumen yang anda perlu sediakan dan upload pada borang iaitu:
- muka depan kad pengenalan
- SSM
Semoga berjaya!
0 Ulasan