Onpay vs Website: Mana Lebih Berbaloi untuk Bisnes Anda?

Dalam dunia perniagaan online, pemilihan platform untuk menjual produk atau perkhidmatan sangat penting. Dua pilihan yang sering dibandingkan ialah Onpay dan website sebagai landing page. Kedua-duanya mempunyai kelebihan tersendiri, bergantung kepada keperluan bisnes anda. Dalam artikel ini, kita akan melihat perbezaan utama antara Onpay dan website sebagai landing page serta kelebihan masing-masing.

onpay vs website mana satu untuk bisnes anda

Pengalaman saya beberapa tahun menggunakan wordpress sebagai blog dan website jualan serta onpay, sejujurnya kedua-dua platform ini mempunyai kelebihan tersendiri, namun apabila bercakap tentang pemula. Maka kita harus ambil tahu apakah tujuan memiliki sebuah website dan mahar yang perlu dibayar setiap bulan atau tahunan.

Mari kita lihat lebih lanjut apa sebenarnya kelebihan dan kekurangan wordpress dan onpay sebagai website landing page/ sales page bisnes anda.

Apa Itu Onpay?

Onpay ialah platform pembayaran dan pengurusan jualan yang memudahkan usahawan menguruskan tempahan serta pembayaran secara automatik. Ia banyak digunakan oleh pemilik bisnes kecil, dropshippers, dan mereka yang menjual produk digital.

onpay landing page
Contoh Paparan landing page Onpay (Desktop View)

Saya kongsikan beberapa landing page yang saya sendiri suka jadikan sebagai guidelines:

  1. https://program.akademisinergi.com/order/form/ibrahibrahim
  2. https://naziasuhaimi.com/order/form/ksco
  3. https://tahfizbayusyahadah.com/order/form/bs_rujukan_baru
  4. https://ustazustazah.net/order/form/program_tajaquran4_ws_uuc_syafik
dan banyak lagi, anda boleh cari rujukan di sini https://onpay.my/marketplace

Apa Itu Website sebagai Landing Page?

Landing page ialah satu halaman web khas yang direka untuk menarik pelawat dan menukar mereka menjadi pelanggan. Website jenis ini biasanya digunakan untuk pemasaran produk, pendaftaran webinar, atau pengumpulan data pelanggan melalui borang. 

onpay vs website
Website (Dekstop View)

Landing page mudahnya adalah sebuah minisite. Ia tidak mempunyai banyak page, dan fokus kepada satu produk atau satu cerita sahaja. Seperti contoh landing page Onpay yang telah saya kongsikan. Website secara automatik melalui platform Wordpress, Wix, ataupun Weebly sebagai contohnya akan mempunyai beberapa halaman page seperti "about me", "contact us", dan banyak lagi mengikut kesesuaian anda.

Saya berikan beberapa contoh website untuk rujukan pembaca semua

  1. https://surirumahrahmah.com/ (website branding)
  2. https://www.hijabgaleria.my (website jualan)
  3. https://unimeal.com/id (landing page)
  4. https://www.keladitikus.my/index.html (landing page + informative + jualan)
Jika anda lihat, website mempunyai paparan yang pelbagai, theme dan size berbeza. Semuanya anda boleh ubah dan kemaskini mengikut citarasa anda sendiri. 

Pendek kata, andalah yang mengawal website ini mengikut acuan anda sendiri. 

Berbanding Onpay, Onpay bukanlah tempat untuk anda mengawal kepelbagaian atau interface yang boleh diubah-ubah, namun seperti yang telah saya jelaskan. Kedua-dua platform ini bergantung kepada penggunaan masing-masing.

Jom lihat kelebihan dan kekurangan Onpay VS Website

Kelebihan Onpay

Onpay sangat digemari oleh ramai pihak kerana tidak perlu pening kepala memikirkan untuk menten dari aspek teknikal, anda tidak perlu hadap update plugin, bayar kos yang berbeza-beza, naik taraf storage hosting dan banyak lagi. Oleh kerana ia memudahkan urusan pengguna, sebab itulah Onpay ini semakin digemari ramai.

paparan dashboard onpay
Paparan dashboard Onpay

Mudah Digunakan

  1. Tidak perlu kemahiran teknikal atau coding.
  2. Hanya daftar, setup, dan terus boleh guna.

Sistem Pembayaran Automatik

  1. Integrasi dengan FPX, kad kredit/debit, dan e-wallet.
  2. Pelanggan boleh terus buat bayaran tanpa perlu komunikasi tambahan.
  3. Senarai lengkap integrasi pembayaran dari pihak ketiga ialah; 
    • PayPal
    • iPay88
    • MOLPay
    • senangPay
    • Billplz
    • Paydibs
    • 2C2P
    • Stripe
    • toyyibPay 
    • Atome
    • CHIP
    • Cek
    • Wang Pos
    • Tunai

Pengurusan Pesanan yang Sistematik

  1. Sistem rekod automatik untuk tempahan dan pembayaran.
  2. Memudahkan pemilik bisnes mengurus pelanggan.

Integrasi dengan Sistem Pemasaran

  1. Onpay boleh disambungkan dengan sistem autoresponder seperti emel marketing.
  2. Mudah untuk follow-up pelanggan secara automatik.

Tiada Kos Pembangunan Website

  1. Tidak perlu bayar domain atau hosting.
  2. Hanya perlu langgan pakej Onpay yang lebih murah berbanding membina website.
sistem onpay terbaik untuk bisnes


Kelemahan Onpay

Setiap platform pasti ada kelebihan dan kekurangan tersendiri, Onpay merupakan sistem borang atau landing page yang bukan khusus kepada global. Ianya market Malaysia sahaja dan fokus utama sebenarnya memudahkan pembelian dan closing di buat secara mudah atau automatik.
  1. Tiada Trafik Organik dari Google
  2. Onpay bukan platform yang dioptimumkan untuk SEO, jadi ia tidak membantu dalam mendapatkan pelanggan melalui carian Google.
  3. Pengguna perlu bergantung sepenuhnya kepada iklan berbayar atau pemasaran media sosial.

Kelebihan Website sebagai Landing Page

Saya suka dengan idea kebebasan mereka letak template dan paparan website yang nampak gah, namun begitu tidak semua orang mampu memiliki website sedebuk! Ini kerana costing pemula sahaja sudah agak mahal. Bagi peniaga, untuk website jualan ia dikenali sebagai ecommerce website. Ia mempunyai ciri lengkap sebagai website branding, informasi dan membuat jualan secara automatik.

website menggunakan wordpress
Paparan dashboard Wordpress

Kebebasan Rekaan & Branding

  1. Anda boleh sesuaikan rekaan, warna, dan mesej mengikut identiti jenama anda.
  2. Tidak terhad kepada template tertentu seperti Onpay.

SEO & Trafik Organik

  1. Dengan website sendiri, anda boleh mengoptimumkan SEO untuk mendapatkan trafik dari Google.
  2. Trafik organik membantu menjimatkan kos iklan dalam jangka panjang.

Boleh Digunakan untuk Pelbagai Tujuan

  1. Selain menjual, website boleh digunakan untuk blog, portfolio, atau pengumpulan leads.
  2. Lebih fleksibel berbanding Onpay yang fokus pada pembayaran.

Integrasi Lebih Luas

Anda boleh sambungkan website dengan pelbagai platform seperti Facebook Pixel, Google Ads, dan sistem CRM.

Kelemahan Website sebagai Landing Page


  1. Kos & Penyelenggaraan
  2. Membina website memerlukan kemahiran teknikal yang lebih tinggi dan boleh menambah kos pembangunan.
  3. Penyelenggaraan website juga lebih rumit berbanding Onpay. Kos tahunan untuk domain dan hosting boleh mencapai RM600 setahun bergantung kepada penyedia perkhidmatan.
  4. Jika berlaku masalah teknikal, anda mungkin perlu mengupah pakar untuk menyelesaikannya, yang menambah lagi kos.

Perbandingan Harga: Onpay vs Website

CiriOnpayWebsite
Kos LanggananBermula dari RM300-RM600 setahunBergantung kepada penyedia domain dan hosting (RM200-RM600 setahun)
Kemudahan PenggunaanSangat mudah, tidak perlu codingMemerlukan sedikit kemahiran teknikal
SEO & Trafik GoogleTiada, bergantung pada iklan berbayarYa, boleh tarik trafik organik
PenyelenggaraanAutomatik, dikendalikan oleh OnpayPerlu dikendalikan sendiri
FleksibilitiTerhad kepada sistem OnpaySangat fleksibel, boleh dikembangkan

Onpay vs Website: Mana Lebih Sesuai untuk Bisnes Anda?


Pilihan antara Onpay dan website bergantung kepada keperluan bisnes anda:

Gunakan Onpay jika: Anda mahukan sistem pembayaran automatik, mudah digunakan, dan tidak mahu pening kepala dengan teknikal website.

Gunakan website sebagai landing page jika: Anda mahu kawalan penuh ke atas rekaan, mahu tarik trafik dari Google, dan membina jenama jangka panjang.

Jika anda baru bermula dan mahu penyelesaian pantas, Onpay adalah pilihan terbaik. Tetapi jika anda mahukan jangka panjang dan lebih kawalan, website lebih sesuai.

Kesimpulan: Pilih Onpay atau Website?

Pemilihan antara Onpay dan website sebagai landing page bergantung kepada keperluan bisnes anda. Jika anda mahukan penyelesaian pantas, mudah, dan murah, Onpay adalah pilihan terbaik. Namun, jika anda ingin membina jenama jangka panjang dengan kebebasan penuh dan potensi mendapatkan trafik dari Google, website adalah pilihan lebih baik.

Sekiranya anda memerlukan bantuan untuk setup Onpay atau membina website, saya sedia membantu! Saya menawarkan servis:

✅ Setup Onpay – Dari pendaftaran hingga siap digunakan.
✅ Bina Website – Termasuk domain, hosting, dan reka bentuk standard.

Hubungi saya untuk maklumat lanjut dan dapatkan penyelesaian terbaik untuk bisnes anda! 

Nak terus setup Onpay sendiri? Boleh terus klik di sini Daftar Onpay

Catat Ulasan

0 Ulasan