Bismillahirrahmanirrahim
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Dia yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Tiada yang setanding dengan kebesaran-Nya, dan tiada yang dapat menandingi rahmat-Nya. Hanya dengan izin-Nya kita dapat bernafas, berbicara, dan memahami kalam-Nya. Ya Allah, Engkau Maha Mulia dan Maha Agung, segala pujian selayaknya hanya bagi-Mu. Semoga Engkau merahmati setiap langkah kami dalam memahami ayat-ayat-Mu. Aamiin. 🤲
Hari ini, saya ingin mengajak anda semua untuk bertadabbur bersama-sama. Kita akan melihat dan menghayati Tadabbur Ayat 1 Surah Al-Fatihah, iaitu ayat yang sering kita baca dalam setiap solat, tetapi sejauh mana kita benar-benar memahami maksudnya?
Insya Allah, kita akan mulakan tadabbur setiap ayat di dalam Al-Quran dengan sebaik mungkin. Bimbang juga nak berjanji 1 hari 1 ayat, tetapi insya Allah, setiap ayat yang bakal saya tadabbur dan tazakkurkan adalah mengikut susunan Surah di dalam Al-Quran. Kita akan belajar bersama-sama menggunakan cara tadabbur yang telah dipelajari semasa pengajian TOTIQ batch 3 ya. Adakah kita mampu bertadabbur dalam kesemua level tersebut? Mari kita cuba bersama-sama.
Untuk ulang kaji boleh rujuk entri ini: Tadabbur dan Tazakkur Al-Quran Cara TOTIQ
Baca tadabbur Surah Al-Fatihah di sini: Tadabbur Surah Al-Fatihah
Dengan merujuk keperluan level-level tadabbur, kita akan dalami pemahaman kepada setiap ayat ini.
Bismillah, mari kita mulakan Tadabbur ayat 1, Surah Al-Fatihah.
Tadabbur Ayat 1 Surah Al-Fatihah
Ayat pertama dalam Surah Al-Fatihah ialah بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َٰÙ†ِ الرَّØِيمِ. Ini bukan sekadar bacaan biasa, tetapi ia membawa keberkatan dan rahmat dalam setiap aspek kehidupan kita. Tadabbur Ayat 1 Surah Al-Fatihah membuka pemahaman kita tentang pentingnya memulai setiap perkara dengan nama Allah.
Tadabbur Mengikut Level TOTIQ
L1 - Memahami Ayat Secara Langsung
Ayat ini bermula dengan Bismillah – sebuah ungkapan yang menandakan permulaan dengan keberkatan dan izin Allah. Dua sifat utama Allah disebut:
🔹 Ar-Rahman – Maha Pemurah, kasih-Nya luas untuk semua makhluk di dunia ini.
🔹 Ar-Rahim – Maha Penyayang, kasih-Nya khusus untuk orang beriman di akhirat.
L2 - Kaitan Sebelum dan Selepas Ayat
Surah ini dinamakan Al-Fatihah kerana ia merupakan pembukaan kepada kitab suci Al-Quran. Setelah saya menyebut Bismillah, saya akan membaca الْØَÙ…ْدُ Ù„ِÙ„َّÙ‡ِ رَبِّ الْعَالَÙ…ِينَ (Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam). Ini mengingatkan saya bahawa saya bukan sekadar meminta bantuan daripada Allah, tetapi juga memuji-Nya terlebih dahulu sebelum mengajukan permintaan dalam ayat-ayat seterusnya.
L3 - Kaitan dengan Nama Surah
Surah ini dinamakan Al-Fatihah, yang bermaksud pembukaan. Seperti pintu yang dibuka dengan kunci, kehidupan juga perlu dimulakan dengan menyebut nama Allah agar diberkati.
L4 - Tema Surah dan Kaitannya dengan Ayat
Menurut buku Sinopsis 114, Tuan Fazrul Ismail, tema utama Al-Fatihah ialah membuka kejayaan. Setiap permulaan yang saya lakukan dalam hidup – pekerjaan, perjalanan, hubungan – akan lebih bermakna jika dimulakan dengan Bismillah, kerana itu adalah kunci keberkatan dan kejayaan sebenar.
L5 - Sinopsis Awal dan Akhir Surah
Surah ini bermula dengan pujian kepada Allah (ayat 1-3) dan berakhir dengan doa memohon hidayah dan perlindungan daripada kesesatan (ayat 6-7). Ini mengajar saya bahawa setiap langkah hidup saya perlu bermula dengan mengingati Allah dan diakhiri dengan harapan agar diberi petunjuk ke jalan yang lurus.
L6 - Perkataan yang Sama dalam Ayat/Surah Lain
🔹 Bismillah disebut dalam Surah An-Naml ayat 30:
"Sesungguhnya (surat ini) dari Sulaiman dan sesungguhnya (isi kandungannya): Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah, Maha Penyayang."
Nabi Sulaiman memulakan surat kepada Ratu Balqis dengan Bismillah, menunjukkan kepentingan menyebut nama Allah sebelum sesuatu perkara penting dilakukan.
🔹 Ar-Rahman dan Ar-Rahim disebut dalam Surah Ar-Rahman ayat 1-3:
"Ar-Rahman. Dialah yang telah mengajarkan Al-Quran. Dia menciptakan manusia."
Ini mengingatkan saya bahawa kasih sayang Allah sangat luas, hingga Dia sendiri yang mengajarkan saya yakni Al-Quran satu-satunya sebagai panduan hidup.
Tahukah pembaca sekalian?
Kalimah Bismillah disebut sebanyak 114 kali dalam Al-Quran. Ia muncul di awal setiap surah kecuali Surah At-Taubah, tetapi terdapat tambahan dalam Surah An-Naml ayat 30:
"Sesungguhnya surat itu daripada Sulaiman dan sesungguhnya (isi kandungannya): 'Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.'" (An-Naml: 30)
Jadi, walaupun Surah At-Taubah tidak bermula dengan Bismillah, jumlah keseluruhannya tetap 114 kali kerana tambahan dalam Surah An-Naml.
Ar-Rahman diulang sebanyak 56 kali, manakala Ar-Rahim disebut sebanyak 116 kali, dan kedua-dua kalimah ini mempunyai root word yang sama iaitu ر Ø Ù… yang diulang sebanyak 313 kali di dalam ayat Al-Quran.
Rujukan: Al-Quran (Tafsir & by Word)
L7 - Konsep dalam Ayat/Surah Lain
Konsep rahmat Allah sangat luas dan disebut dalam Surah Az-Zumar ayat 53:
"Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hamba-Ku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni segala dosa. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun, Maha Penyayang."
Ayat ini memberi saya harapan bahawa walaupun saya banyak melakukan dosa, pintu taubat dan kasih sayang Allah sentiasa terbuka khusus buat hamba-Nya yang ingin bertaubat.
L8 - Tadabbur Bersama Hadith
Rasulullah ï·º bersabda:
"Setiap perkara penting yang tidak dimulakan dengan ‘Bismillah’ akan terputus (kurang keberkatan)." (HR Abu Dawud)
Hadis ini mengingatkan saya untuk menjadikan Bismillah sebagai amalan harian dalam setiap urusan hidup.
0 Ulasan