Cabaran Uruskan Anak Sakit & Pertukaran Sekolah

Menjadi ibu memang penuh dengan cabaran, terutama bila anak sakit dan dalam masa yang sama perlu urus pertukaran sekolah. Awal Februari jadi permulaan satu perjalanan yang benar-benar menguji tenaga dan emosi saya.

Appointment Kesihatan Anak-anak

Awal bulan Februari memang penuh dengan temujanji doktor. Bermula 3, 4, dan 5 Februari, kemudian sambung lagi 12 dan 13 Februari. Dalam masa yang sama, Rayyan yang baru 5 tahun mula masuk tadika. Dia yang paling risau, saya pun sama!

Qisya pula dapat tawaran ke Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN), tapi bukan dalam senarai pilihan. Dia ditempatkan di Maahad Dini, Jengka – tiga jam dari rumah. Kami tak pernah pilih sekolah ini pun! Sebab itu saya buat rayuan, cuba dan terus cuba.

Allah berfirman:

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (Surah Al-Baqarah, 2:216)

Ayat ini benar-benar memberi kekuatan. Kadang-kadang kita terlalu berharap sesuatu yang kita mahu, tetapi Allah aturkan sesuatu yang lebih baik.

Proses Rayuan dan Pertukaran Sekolah

Alhamdulillah, akhirnya Qisya berjaya ditukar ke SMA Bukit Ibam. Tapi timbul lagi satu cabaran – dia ada masalah kesihatan dan perlukan rawatan bulanan di UIA, Kuantan. Kakaknya pula di SMATAF. Jadi, saya mohon lagi pertukaran ke SMATAF supaya lebih mudah urusan sekolah dan rawatan.

JAIP setuju, tapi kena daftar dulu di SMA Bukit Ibam. Pada 19 Februari, saya daftar Qisya dan terus mohon pertukaran. Sementara tunggu kelulusan, dia tak masuk asrama dulu sebab ada appointment hospital pada 21, 24, dan 25 Februari untuk masalah gastrik. 2 Mac dia warded, 3 Mac endoskopi. Disebabkan jarak jauh, saya mohon cuti terus dari 19 Februari hingga 3 Mac.

Syukur, JAIP akhirnya luluskan pertukaran ke SMATAF. Saya terus hubungi sekolah dan daftar dia pada 25 Februari supaya tak ketinggalan pelajaran. 28 Februari dia balik asrama sebab cuti hujung minggu, sambung cuti sampai 4 Mac. Keputusan endoskopi tak nampak masalah pada dinding usus, tapi masih tunggu hasil ujian sampel usus.

Qaireen Diserang Asma

Belum sempat lega, anak nombor tiga, Qaireen pula kena serangan asma. Doktor beri MC sebab dia tak boleh aktif atau berjalan jauh, nanti semput. X-ray tunjuk ada radang di paru-paru, jadi dia kena makan ubat radang selama tiga hari.

Saya pun ambil langkah bersihkan rumah sepenuhnya – karpet dilipat, habuk semua disapu. Nampaknya masalah asma dia agak serius, jadi kena lebih berjaga-jaga.

Dalam hadis sahih, Rasulullah ï·º bersabda:

"Tiada seorang Muslim pun yang ditimpa keletihan, penyakit, kesusahan, kesedihan, gangguan, atau kebimbangan, bahkan duri yang mengenainya, melainkan Allah akan menghapus sebahagian dari dosa-dosanya." (HR. Bukhari dan Muslim)

Hadis ini mengingatkan saya bahawa setiap kesusahan yang kita hadapi, ada penghapusan dosa yang Allah berikan. Mungkin ini cara Allah mengangkat darjat saya sebagai ibu.

Letih Tapi Tetap Kena Kuat

Terus terang, memang letih. Rasa macam tiap hari keluar rumah urus itu ini, tak ada rehat. Tapi inilah kehidupan seorang ibu. Kadang rasa penat sangat, tapi demi anak-anak, saya tetap kena kuat.

Allah berfirman:

"Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan." (Surah Al-Insyirah, 94:6)

Saya yakin, setiap ujian ada hikmahnya. Semoga kesihatan anak-anak bertambah baik dan semua urusan dipermudahkan. Buat ibu-ibu lain yang sedang lalui perkara sama, kita tak sendirian. Walau letih macam mana pun, kasih sayang seorang ibu tak pernah luntur.

Semoga Allah beri kekuatan untuk terus bertahan. 



Catat Ulasan

0 Ulasan