Online Marketing,  Shopee Marketing,  Shopee.My

Best Ke Shopee? Baca Kelebihan di Shopee Sebagai Seller Dan Buyer

bisnes kat shopee

Awal berniaga di Shopee, upload produk, boost setiap 4 jam. Sejujurnya, saya suka berniaga di Shopee. Alhamdulillah, walaupun belum lagi berpuluh ribu sales di Shopee tetapi bersyukur sangat kerana dapat income. Tak semestinya masuk Shopee terus demand nak sale ribu riban macam otai-otai di Shopee.

Bagi saya, kalau selama ni susah nak buat sale secara manual marketing, bila dapat sale ratusan ke ribuan ni kan. Masya Allah. Eh, syukurlah!

Tidak ada perkara mudah dalam berniaga. Bisnes = iklankan produk anda.

Shopee dah sediakan tempat, anda usahakan lah untuk pamerkan iklan anda sebanyak mungkin!

Keistimewaan Berniaga di Shopee

1. Penjimatan postage.

Shopee ada menyediakan perkhidmatan Free Shipping under akaun Shopee sendiri guna dua kurier iaitu Poslaju dan DHL. Anda boleh sign up untuk kedua-dua option kurier ni. DHL nampaknya lebih murah, namun pilihan di tangan anda. Kalau ada DHL di area anda, why not cuba?

2. Kumpul Point dan Redeem Tunai

Setiap pembelian di Shopee akan mendapat point dan point ini anda boleh gunakan untuk membeli barang lain di Shopee. 100 point = RM 1. Maksima anda boleh kumpul points pada 1 produk ialah 100 point.

Kalau harga produk RM 300, anda tetap dapat point 100 sahaja. Okaylah tu kan dari takde apa-apa? Anda boleh dapatkan point dan redeem dengan mana-mana kedai berstatus Preferred Seller atau Mall Shopee.

 

3. Pembayaran menggunakan pelbagai jenis bank, paypal dan manual transfer

Bukankah sangat menyenangkan? Malah anda tidak perlu risau ditipu kerana Shopee akan memastikan bahawa setiap pembelian anda berjalan lancar. Anda tidak perlu membayar terus kepada peniaga tetapi Shopee sebagai orang tengah jualan anda. Juga, Shopee sediakan banyak kaedah pembayaran yang anda boleh pilih. Ikut suka hehe. Jika ada duit dalam e-wallet Shopee, lagi senang. Tolak je terus dari akaun shopee kita.

Jom aim untuk jadikan kedai kita, Preferred Seller jadi lebih ramai pelanggan akan beli dari kita. Gitu.

 

Dua Syarat Utama untuk jadi Preferred Seller Shopee

  1. Sebulan sale 75 order
  2. Response Chat 70% above
4. Boost Function Percuma
Antara salah satu fungsi yang best kat Shopee ialah korang boleh naikkan 5 produk kat kedai secara percuma mengikut kategori produk setiap 4 jam. Boost option ni sangat bagus digunakan tak kiralah anda newbies ataupun taiko seller. Dah percuma, gunakan sahajalah kan?

Alhamdulillah, dua ebooks Shopee yang saya buat bersama team dah pun siap. Anda boleh dapatkan 2 ebooks ini untuk jika anda masih tidak faham cara Shopee beroperasi atau masih belum ada sale. Manalah tahu, anda terlalu sibuk untuk godek Shopee. Panduan yang disediakan insha Allah sangat mudah difahami.

tips & trick shopee marketing

Terbaru, shopee bot buat julung kalinya di Malaysia. Harga sangat berpatutan.

shopee bot auto boost dan auto follow shopee

 

Untuk info Shopee Bot, klik sini (https://emmemarina.com/shopee-bot-cybersona-automasikan-bisnes-shopee-anda/)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *