Blogging,  Diari Bisnes Mom

Ibu, Surirumah dan Peniaga Sepenuh Masa

Jadi ibu kepada 4 orang anak perempuan dikatakan senang ye hai! Anak perempuan senang dijaga, tidak terlalu lasak. Boleh bantu mama kat rumah.

 

Alhamdulillah

 

Dalam part membantu ibu di rumah di kala di suruh insha Allah dikerjakan. Kita buat tak Nampak memek muka si kakak pertama dan kedua, yang penting kerjanya dilakukan dengan baik. Tetapi, part mudahnya menjaga anak perempuan nakalnya mungkin tidak senakal anak-anak lelaki namun tetap memeningkan kepala dengan demand, rengekan dan tangisan.

 

Ada sahaja yang tidak kena.

Ada sahaja yang tidak disukai.

 

Alhamdulillah, saya masih tidak naik tangan pada anak-anak, Cuma itulah bebelan tak berhenti-henti. Antara satu masalah paling sinonim kita ibu-ibu ada anak ramai ialah keadaan rumah yang sentiasa berselerak. Dah tentu waktu cuti ni lagi lah, atau mungkin saya terlalu sensitive dan pantang tengok rumah bersepah agaknya. Kesian anak-anakku, tapi kalau saya tak didik mereka untuk buang sampah dalam tong sampah, dan kemas peralatan mainan selepas bermain dah jadi ibu apa pula ya?

 

Saya akui saya ada kenal beberapa ibu yang rela biarkan anak buat rumah berselerak dan mereka mengemas setiap kali anak bermain tanpa menegur atau didik anak. Lalu, jika esoknya mereka rasa penat, rasa tiada yang menghargai jasa mereka menjaga rumah… kepada siapa harus dipersalahkan?

 

Website DMS 360 hari itu huru-hara dan semua link jadi 404! Inilah dia gara-gara tidak terer uruskan wordpress dan jakun sangat sebenarnya. Ikut sifu sana sini, ha, terus jadi tak betul websitenya. Syukur Alhamdulillah, hari ni tadi rakan yang bantu uruskan website DMS 360 maklumkan semua link dah OK!

 

Marilah kunjung website DMS 360 kita, manalah tahu ada info menarik yang korang tertarik lalu boleh order dengan mama Emme kan? Boleh klik www.dms360original.com

Mula berjinak kembali letakkan produk di Lazada. Letak produk di Lazada sebenarnya bagi peniaga ikan bilis seperti saya ibarat masuk ke mulut buaya. Mana nak korek modal pulak Emmenya, kalau payment Lazada ambil masa 14-30 hari selepas order completed. Dengan Shopee yang semakin demand dan mula mengeluarkan taring mereka, berani pula masuk Lazada.

 

Tahu tak korang?

 

Shopee bakal mengenakan 1% fees pada setiap order yang anda terima. Selepas satu per satu kelebihan di Shopee mereka tarik, kini dikenakan cas pula. Katanya cas ini dikenakan kerana mereka (Shopee) sendiri menelan cas sebanyak 2% daripada setiap transaksi yang dilakukan oleh pembeli di Shopee. Oleh itu, marilah kita menanggung bersama-sama demi keuntungan kita semua. Begitulah kisahnya.

 

Walaupun demikian, buat masa ni, saya masih teruskan perjuangan di Shopee, Cuma kene fikirkanlah modal lain. Harus ada modal luar supaya saya dapat rolling modal. Sekarang pun, tak semua customer tekan button received tu, kadangkala sampai 5-10 hari nak tunggu mereka ni tekan butang terima. Jika mereka tidak tekan, lambatlah saya nak dapat modal semula. Ini adalah salah satu kekangan yang terpaksa dihadapi.

 

Apa-apa pun hidup harus diteruskan. Ada banyak lagi medium yang anda boleh gunakan untuk memasarkan produk jualan anda.

 

Yang penting, korang kena konsisten untuk share dan promot produk tanpa henti. Kalau hari ni 10 entri dekat Facebook, lepas tu diam berminggu-minggu. Usahlah bermimpi nak dapatkan RM 2, 000 sebulan pun. Usaha yang korang lakukan haruslah selaras dengan apa yang korang nak capai.

 

Tawakal dan ikut apa yang Allah perintahkan itu satu perkara utama. Lakukannya.

 

Insha Allah. Yang penting, jangan kalut doa kat Allah hari ni jual, hari ni gak nak dapat beribu-ribu. Allah itu pemberi rezeki, bukan hamba kita. Bukan kita sedap-sedap kata kat Allah, aku nak ini, nak itu. Sabar dalam mencari rezeki. Bak kata, Ustaz Fathuri, daripada mencari sebenarnya lebih mudah menjemput rezeki dan kuncinya ialah buat apa yang Allah suruh. Itu sahaja. Jadi boleh kah kita? Insha Allah boleh…

 

Saya doakan agar anda yang membaca entri ni sampai habis diberikan kejayaan dan kesenangan di dunia dan akhirat. Aamin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *