Online Marketing

Karenah Berniaga di Lazada

Saya sebenarnya mula berniaga di platform Lazada sejak tahun 2016. Masa itu, sebulan ada la satu ke dua order. HAHA. Dahsyat la jugak sebulan ciput je sale. Tapi okaylah ada pengalaman sikit.

 

Banyak pengalaman tak jugak, boleh dikatakan setiap masa nak on call dengan customer servise. Isu shipping lah, isu order kena cancelled tapi barang dah pos. Belum masuk lagi penalty bagai. Allah memang ujian.

 

Namun begitu, saya tetap mahu mencuba jadi bismillah dengan izin Allah saya kembali ke Lazada dan mula masukkan banyak produk. Allahu dengan izinnya, memang ada permintaan malangnya saya terpaksa cancel 5 order oleh kerana 4 order awal yang pending status SHIPPED selama lebih 14 hari.

 

Anda bayangkan sudah lebih 14 hari order tersebut sudah pun selesai, pelanggan sudah pun mendapatkan produk tempahan mereka. Tetapi, status order saya tidak bergerak-gerak. Bayangkan debarannya.

 

Saya sedia maklum bayaran dari Lazada memang ambil masa lama, tidak seperti Shopee. Ia mengambil masa 14-30 hari tau. Jadi kalau anda nak berniaga di Lazada ni, modal kena banyak. Sebab apa? Ialah macam saya kan dropshipper pelbagai produk, so anda nak kena dahulukan duit bayar ke supplier dulu kan?

 

Shopee pun sekarang adakalanya sudah ambil masa lebih dari 7-14 hari untuk dapatkan payment dari pelanggan. Kalau pelanggan lewat dapat item, tak terus tekan button received, anda kena tunggu tambahan 3 hari untuk duit tersebut automatik masuk ke akaun anda. Dan pernah dalam kes saya sendiri, saya tak cek tahu. Tengok-tengok ada order yang lebih 2 minggu tetapi tak settle-settle sehingga saya terpaksa whatsapp customer tersebut untuk login ke akaun Shopee beliau dan tekan received!!

 

Haru!

 

But its true. Walau macam mana pun, jika modal tak besar, anda harus sentiasa sediakan modal pendahuluan. Dan nak rolling modal lagi kan? Jadi semua ni anda harus ambil kira.

 

Gambar di atas ni ialah latest order saya di Lazada, 2 Jan 2019 – Update Date tu bermaksud tarikh yang saya poskan barang kepada customer. So, status sekarang ialah SHIPPED. Anda lihat order 17 Dec 2018 tu kan, until today masih lagi SHIPPED walhal customer dah selamat received item tersebut. So today 5 Jan 2019. Lama ke tak lama? hehe

 

Setelah mendapat nasihat bagaimana caranya untuk settlekan isu SHIPPED to COMPLETED – DELIVERED barulah order saya bertukar ke status COMPLETED. Dan baru sahaja semalam, isu ini selesai. Itupun 4 order kita report, 3 order baru selesai. Selamat 5 order saya CANCELLED gara-gara takut nak amik order!

 

Ini antara cabaran paling dahsyat bagi saya kerana anda boleh lihat sendiri, produk yang saya jual bernilai RM100 ke atas semuanya. Jadi nak rolling modal bukanlah benda kecik. Ianya hal besar tuk saya. Sebab tulah, saya jadi tak keruan nak tunggu setiap hari status SHIPPED tu bertukar ke COMPLETED – DELIVERED.

 

Alhamdulillah, akhirnya dah berjaya. Cuma harus sentiasa peka, lepas ni nak tengok pula timeframe bayaran order dari Lazada ke account. Oh ya, Anda perlukan SSM dan akaun bisnes untuk berniaga di Lazada.

 

Insha Allah, ada masa saya kongsikan cara untuk anda daftar akaun berniaga di Lazada kay.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *