Online Marketing,  Shopee Marketing,  Shopee.My

Mudahnya Bisnes Kat Shopee Anda Sudah Ke?

berniaga di shopee

Assamualaikum,

Shopee semakin famous dek iklan di television dan program Free Shipping sememangnya menarik perhatian ramai. Ada terlalu banyak kempen jualan yang Shopee adakan sehingga saya tak sempat nak kejar. Saya bukanlah SHOPEEHOALICS, jadi banyak kempen tuk membeli saya agak ketinggalan.

 

Yang saya fokus di Shopee ialah menjual. Memandangkan, saya merupakan full time bisnes lebih baik jika saya kurangkan belanja dan kumpul modal berniaga di Shopee. Anda juga tahu bila berniaga di Shopee duit bukan direct ke akaun kita, ia mengambil masa untuk kita dapat pulangan modal kembali. Jadi silalah berjimat cermat.

 

Senang ke bisnes kat Shopee?

 

Bergantung pada takrifan kalian, nak seribu daya, tak nak seribu dalih!

 

Untuk daftar sebagai seller sangat mudah, anda tak perlukan SSM atau IC. Anda sign up sahaja selagi mana ada email dan nombor telefon. Tidak perlukan penambahan pendaftaran sebagaimana di Lazada. Kalau Lazada, akaun buyer dan seller tak sama. Tapi di Shopee anda kedua-duanya.

 

Alhamdulillah, saya sendiri sudah hampir 2 tahun berniaga di Shopee. Tidaklah terlalu mudah. Bezanya di Shopee jualan anda berjalan secara automatik, jika item anda diinginkan oleh pembeli mereka akan terus membuat bayaran serta merta tanpa perlu whatsapp anda atau hubungi anda, melainkan mereka anda soalan yang perlu ditanyakan kepada anda. Mereka boleh chat untuk mendapatkan info dari anda, dan ianya sangat mudah.

 

Persaingan tetap akan ada di mana sahaja. Bila anda berniaga di Shopee pastikan keyword anda, tajuk produk adalah tepat. Jadi pelanggan dapat terus menjumpai barangan yang mereka perlukan dan kebarangkalian bertemu dengan kedai anda juga tinggi. Dengan kelebihan “boost” yang disediakan oleh pihak Shopee anda boleh boost (iaitu naikkan produk anda ke carian atas) setiap 4 jam secara percuma. Haaa, baguskan?

 

Mungkin anda masih blurr kerana apa yang saya tuliskan ini anda tidak nampak gambarannya. Saya tidak katakan anda letak je produk di Shopee terus masuk sale beribu-ribu tetapi ianya lebih baik daripada tidak ada langsung. Insha Allah dengan terus konsisten mempromosikan kedai shopee anda, anda dapat jana pendapatan kedua di Shopee selain medium facebook, instagram dan lain-lain. Di Shopee tiada bayaran yang dikenakan. Ianya percuma. Jadi rugi jika kalian tidak gunakan medium ini.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *