Online Marketing,  Shopee Marketing

Shopee Kenakan Cas 1% Bagi Setiap Order Anda Terima Mulai 14 Januari 2019

Bila notis dari Shopee dikeluarkan kepada semua peniaga Shopee. Pelbagai spekulasi mula dikeluarkan. Shopee dah femeskan? Dah setaraf dengan Lazada, takkan masih mahu duduk di takuk lama?

 

Setelah satu per satu syarat diketatkan kini Shopee mengenakan cas sebanyak 1% kepada seluruh peniaga di Shopee mall. Suka atau tidak anda wajib menerimanya. Ini bukan pilihan. Ini ialah keputusan.

 

Jika dulu, kuota free shipping pelanggan Shopee sebanyak 7 kuota sebulan. Sekarang, hanya 3 – 4 kuota sahaja diberikan. Malah harus diapply lagi, kalau anda terlupa nak apply voucher free shipping Shopee maka anda wajib membayar kos pos pembelian anda.

 

Baik. Jadi bagaimana cas 1% ini dikenakan? Bagaimana cara kira 1%?

 

Hari ni 16 Januari 2019 kan, jadi saya menyemak pembayaran yang telah dibayar oleh pelanggan dan cas yang dikenakan ke atas tempahan tersebut. Okay, nak bagi clear semua faham.

 

Cas 1% ini dikenakan hanya kepada PENJUAL/PENIAGA sahaja tau. Bukan pelanggan. Jadi anda nak membeli belah di Shopee tak perlu risau anda tidak dikenakan sebarang bayaran tambahan.

 

Saya tunjukkan transaksi yang sudah berjaya

 

Transaksi Peniaga

 

Harga Seunit Buruj Quran = RM 200.00

Fees 1% = RM 2.00

Tetapi anda lihat, saya dikenakan RM 1.99 sahaja. Ini kerana buyer ada menolak atau redeem coins dekat kedai. Redeem ni sebabnya kedai saya ialah berstatus Preferred Seller kan, jadi u ols boleh tolak coins yang ada di kedai kita kay.

 

Ok sambung kiraan.

 

Buyer Payment = RM 200 – RM 0.72 = RM 199.28

Fees 1% = RM 1.99 daripada jumlah RM 199.28

 

Income Saya = RM 198.01 ( RM 200.00 – RM 1.99)

Bukan ditolak dari RM 199.28 tau, tetapi dari nilai asal item tersebut.

 

Kelebihan saya disini kerana saya ada status Preferred Seller dan nilai Fees ditolak selepas redeem dibuat. Jika tidak, fees yang terpaksa saya tanggung ialah RM 2.00.

 

Saya tunjukkan lagi contoh buyer yang tak tolak coins

 

Harga produk = RM 199

Cas 1% = RM 1.99

Jumlah payment selepas tolak 1% = RM 197.01

 

Faham eh?

 

Jika anda belum lagi ada Shopee, masih teragak-agak. Usahlah teragak sangat sebab takut dengan cas 1% ni. Cas 1% ni sebenarnya dikira bertuah lagi kerana masih terlalu rendah.

 

Lazada mengenakan komisyen yang lebih tinggi. Sedangkan Shopee hanya cas 1% bukan kerana komisyen tetapi cas transaksi pembayaran pelanggan melalui online banking/kredit kad/etc yang telah disediakan oleh pihak Shopee. Bukan free tau transaksi ni, berbayar!

 

Shopee tanggung selama ni, jadi mereka open kita tuk tanggung bersama-sama. Hehe

 

Saya ada menulis 2 ebook yang boleh anda dapatkan! Nak mahir selok belok di Shopee dan dapatkan TIPS bagi melonjakkan sale anda di Shopee? Jom dapatkan segera.

 

Shopee Bot Ni kegunaan macam instagram apps la, nak naikkan follower, unfollow lepas tu boleh boost produk kat Shopee secara automatik (jika anda setkan jadual) – RM89
Ebook belajar bisnes di Shopee secara Asas – RM30 sahaja
Ebooks Tips & Trick Tuk naikkan marketing/follower/sale di Shopee anda. Hanya RM39 sahaja

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *