Online Marketing,  Tips Bisnes Online

Teknik Terkini Buyer Tipu Duit Kata Dah Masuk Rupanya Takde Pun

Dari dulu sampai sekarang, pelbagai teknik scammer ni kan? Tidak kiralah peniaga atau pembeli sekalipun, kalau dah jadi scammer kedua-duanya boleh jadi penipu. Tipu duit ni bukan kes kecil, ianya melibatkan pihak kedua. Boleh jadi gangguan pada mangsa dan akhirnya ramai kecewa dengan shopping online dek gara-gara scammer ni.

 

But alhamdulillah, dah nak 9 tahun saya berniaga Allah banyak permudahkan jalan. Rule paling penting kita kena jaga ialah, hati kita, niat kita. Dan ya, kalau anda rasa was-was, maka selidiklah baik-baik. Dan jika semua pemerhatian dah dibuat dan masih ditipu mungkin ada pengajaran yang Allah nak beri kepada kita.

 

Sebagai online seller, tidak kiralah anda dah lama atau baru nak berjinak dalam online bisnes. Perkara pertama anda wajib ada ialah online banking. Jika ada sudah ada bank akaun, tetapi belum buat online banking, silalah segera lakukan perkara tersebut sebelum bermula. Kenapa? Karang customer dah bank in, awak nak cek kat mana? Takkan setiap masa nak gi bank untuk cek duit masuk? setuju?

 

Entri kali ni nak share tentang teknik terbaru (ikutkan dah lama ada bende ni kat maybank2u) cuma diguna pakai as satu penipuan pulak. Tunjuk resit nampak dah bank in kan tu? Berjaya, tetapi sebenarnya tiada satu sen pun duit yang masuk. Scammer guna kaedah bayaran secara jadual, contoh: Dia beli kat awak on 10hb, setkan kat payment 12hb… siap. So maybank as usual akan tunjukkan satu resit bukti yang transaksi berjaya namun tricky part ialah tiada pula nota as payment via schedule. So kita nampak yang memang dia bayar on 10hb walhal nada.. yilek.

 

12hb yang dijangka tuk bayar tu pun, lepas scammer ni dah siap buat dan tunjuk kat seller, dia boleh cancelkan je payment berjadual tersebut. Fuh, anda dapat resit dia rileks dapat barang. Duit TAKDE!

 

Saya kongsikan lah ini adalah kisah seorang online seller yang terkena scammer jenis ni. So u guys, sila berhati-hati.

1. Buat SCHEDULED PAYMENT 

2. Pilih tarikh bayaran 3 hari akan datang

Contoh : Customer inform akan bank in hari ni 9 Oct 2018. Tapi masa dia buat online transfer, dia pilih SCHEDULED PAYMENT dan pilih tarikh 12 Oct 2018

3. Ini bermakna online seller akan menerima bayaran tersebut pada 12hb Oct. Bukan 9hb Oct 

4. Selepas selesai transaksi, resit akan di screenshot dan buyer tersebut akan hantar resit tersebut kepada seller sebagai bukti bayaran

5. Disini masalah bermula, Resit yang pihak bank keluarkan SEBIJIK SEJIBUN SAMA dengan normal transfer. Tiada cacat cela. Tiada langsung Remark mengatakan transaksi ini adalah sheduled transfer

6.  Paling best pd resit ada perkataan SUCCESSFUL 

7. Seller terima resit. Nampak asli dan terus pos barang tanpa menyemak baki akaun

8. Bila buyer dah dapat ref number barang,  dia akan cancel SCHEDULED PAYMENT tersebut. 

9. Makanya melopong lah online seller berkenaan bila nak close account hujung bulan

10. Kerana walaupun transaksi dibuat pada 9 October, resit pun nyatakan transaksi dibuat pada 9 october

Tapi duit tarak masuk sebab SCHEDULED PAYMENT which anytime je buyer boleh cancel

11. Ni contoh resit yang saya terima. Nasib baik saya semak akaun pada hari tersebut. Sampai telefon maybank center untuk kepastian

12. Lagi haru ialah, info dari Maybank Center, walaupun baki dalam akaun kita tinggal RM2 ja, kita masih boleh buat SHEDULED PAYMENT. Jadi penipu bebas letak apa apa amount yang dia nak dan set kan scheduled payment

13. Tanpa perlu cancel transaksi tersebut pun, bila tiba hari yang dijadualkan, bila sistem detect baki akaun tak cukup, maka transaksi tersebut akan automatik batal

14. Maka yahu yahu lah penipu dapat barang tanpa perlua buat bayaran

Kes ni terjadi pada 27 September 2018.  Buyer mendesak nak barang secepat mungkin. Sebab asyik desak je saya terhidu bau ikan dan buat semakan baki

Bila dah kantoi baru dia mengaku dia buat scheduled payment. Tarikhnya 30 september 2018. Silap klik katanya.  Desak nak barang juga dan make promise payment akan masuk 30hb

Saya berkeras tak nak bagi barang dan minta dia cancel scheduled payment ni, dan buat paymet lain

Terus senyap…. sunyi…. dan sepi ….

Sampai hari ni 

HATI2 LAH ye… SEMAK AKAUN SELALU

credit: tuan punya post asal xtau siapa

Berhati-hati dan semak setiap transaksi duit yang masuk!

3 Comments

    • emmemarina139

      sebenarnya kedua-dua pihak berlaku. kita ni kena alert. ikutkan di kalangan seller, pun ada nama2 buyer yg selalu scam duit. dan ada je ramai seller yang baik hati, kadang siap poskan dlu. dan jenis yang tak cek akaun, tapi percaya pada resit.. pun ada ramai. as seller, kita ni kene cek details. customer bagi resit, kita terus cek akaun. dan jangan terima hutang atau kesian. pos dulu, duit kemudian. No-No

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *