Akak Emme In The House

This Is Me, Emme Marina


Bismillah. Menulis blog di waktu pagi memang seronok. Kita tenggelam dalam penulisan tersendiri, meluahkan, mencetuskan emosi sambil menikmati suasana sunyi. Tenang, sesekali terdengar bunyi dengkuran dan bunyi-bunyian haiwan malam.

Saya masih berjaga.

Hobi saya ketika kecil dahulu, zaman sekolah memang nak sangat jadi penulis buku. KONON. Malah, saya suka menulis sajak atau puisi. Ada buku pujangga lagi buat diriku. Asal emosi tak berapa nak stabil atau datang mood nak berbicara, maka saya sampaikan dalam bentuk puisi.

Menulis diari?

Pernah beberapa kali saya beli buku diari. Tak percayalah orang tak baca. Langsungnya kerana terlalu negatif saya fikir lebih baik saya simpan sahaja semua kisah dalam diri sendiri. Biar terkunci dan terus terlupa daripada orang terbaca. What a negative mindset i have dont i?

Jadi, bermula sekali lagi sebuah blog baru di bawah emmemarina.com, beralih dari blog asal iaitu emmemarinamohamad.blogspot.com. Saya rasa penulisan di sana terlalu baik. Bepura? Sopan? Bila saya mahu keluar dari suasana yang telah saya cipta sendiri ianya sukar. Jadi saya fikir, baiklah. We start over. Yes, with a new blog.

Me as myself.

Me with all the negative and positive thinking at the same time.

Clashing and brainstorming everyday since kid and today as adult.

Ramai yang kenal saya kata, sukar untuk mengenali diri saya. Complicated. Unpredictable. Namun pernah ada yang mengata, lalang.

Dont really care, seperti lagu Ned dan Justin

Don’t think I fit in at this party
Everyone’s got so much to say, yeah
I always feel like I’m nobody, mm
Who wants to fit in anyway?’Cause I don’t care when I’m with my baby, yeah
All the bad things disappear
And you’re making me feel like maybe I am somebody
I can deal with the bad nights

Agak addicted dengan lagu diaorang ni. Dari dulu, saya dikenali as lone ranger. Betul la tu. Bila belajar ilmu hikmah dan metafizik. Root saya ialah SENDIRIAN. Syukur sekarang ada lovely husband and pretty girls. Melekat dan melekap sehingga saya rimas 🙂

Love in the air ughh

Love them so much.

Enough said, sejak saya decide untuk bekerja sendiri dalam dunia online sepenuhnya. Tak semudah masak air. Masuk kelas, study, study dan sampai hari ni saya masih masuk kelas copywriting, cara closing dan upgrade pula ke level belajar ilmu sukses. It’s not easy. Bukan dunia sahaja, kita sebagai Islam harus melihat lebih jauh ke hadapan.

Dunia kita tidak terhenti di sini. Ianya lebih jauh untuk kita bawa. Apakah amal yang mahu kita bawa? Apakah tinggalan yang mahu kita tinggalkan untuk anak-anak? Banyak perkara bermain di fikiran saya.

Its make me hard to sleep at night, but dont worry. Tetap tertidur kerana keletihan.

Alone with bisnes, and managing 4 little princess and 1 big boy is surely hectic. Belum masuk lagi list tugasan harian sebagai pengurus rumah. Dan untuk kes seperti inilah kita perlu jadi kuat bukan sahaja luaran tetapi dalaman. Bila dalam kita kuat, keyakinan kita kuat. Insha Allah kita boleh harungi semua tugasan dan rintangan yang Allah uji kita setiap hari.

Senyum tu penting

Kawal emosi itu penting

Sabar separuh dari iman

Keep motivating yourself, and sayangilah diri anda tidak kiralah sibuk dan stress macam mana pun anda. Itu sahajalah antara resepi yang saya ada dan bertahan hingga hari ni.

Selesai update listing produk-produk di kedai Facebook ALQURAN TAGGING.

Usah risau sangat nak display ke tak nak display produk jualan anda tu. Bila ramai krik krik lepas tahu harga kita marah kan? Sedih.. Ha, jadi tak usah fikirkan bab harga. Teruskan sahaja tanpa segan maklumkan harga dengan terang. Fokus pada unik, USP dan cara anda present setiap hari di kedai online anda mengenai produk jualan anda. Insha Allah, pasti ada rezeki!

Percayalah!

Dalam bacaan terbaru saya, bertajuk Meraih Surga Dengan Berbisnis, katanya;

Orang-orang yang sukses tidak akan pernah mundur dan orang-orang yang mundur tidak akan pernah sukses!. Anda tidak akan gagal kecuali anda tidak berusaha. Kata kuncinya ialah, “tidak berputus asa”

Jangan tanya saya berapa saya buat sebulan dengan berniaga secara online.

Saya tidak akan jawab

Saya bekerja untuk keluarga dan akhirat.

Maka anda bekerja untuk apa? Cuba fikirkan insha Allah, selepas itu akan terbit usaha luar biasa dari diri kalian sendiri.


Salam Sayang,

Semoga bertemu lagi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *