Robot Shopee,  Shopee Marketing

Tiada Lagi Fungsi Boost Produk di Seller Center Shopee

Tiada lagi option BOOST produk di seller center SHOPEE! Saya sendiri baru perasan hari ni. Ialah saya tak buat boost secara manual dah, saya gunakan Shopee Bot untuk lakukan aktiviti boost dan naikkan follower di Shopee.

 

Sebenarnya sebelum ini, fungsi boost produk di Shopee anda boleh lakukan sama ada di seller center (dekstop view) atau applikasi Shopee.My. Di setiap produk akan ada fungsi boost, namun sejak perubahan dan penambahan fungsi delist pada desktop view Shopee Seller Centre, kita dah tak nampaklah button boost ni. Beberapa perubahan dah berlaku itulah kurang perasan kita. Ampun

 

Salah faham rupanya! Adalah fungsi boost dari dua-dua applikasi dan shopee seller center. Cumanya fungsi boost di seller center terus hilang kerana produk tersebut telahpun mengalami automatik boost dari software shopee bot. Dahulu, bila produk sedang boost akan ada kiraan countdown jadi kita tahulah yang produk kita ni sedang boost. Tunggulah setiap 4 jam barulah kita boost balik semula

 

Kelebihan Fungsi Boost di Shopee.

 

fungsi boost di seller center shopee
Fungsi Boost melalui Seller Center Shopee. Anda boleh terus klik Boost Now di My Products. Anda tidak perlu gunakan apps jika anda lebih suka gunakan PC/ seller center.

 

fungsi boost di seller center shopee
Tekan sahaja Boost Now, dan aktiviti Boost akan berjalan selama 4 jam bagi 5 produk. Fungsi ini adalah percuma sahaja di Shopee.

 

Terbaru, hanya dua fungsi sahaja di Shopee Seller Center iaitu Buy Ranking dan Delist.

 

Bagi saya, adakalanya ianya agak leceh, kerana Boost Now adalah lebih mudah dilakukan di Seller Center berbanding Apps Shopee. Namun ada pepatah berkata, ” Nak seribu daya, taknak seribu dalih”. You can do it, yes you can do it!”

 

Pilihan lain yang super mudah ialah anda gunakan sahaja Shopee Bot yang telah saya sediakan untuk anda!

 

Ya, anda tidak perlu lagi login di Seller Center atau skrol-skrol lagi di apps Shopee. Anda hanya perlu tekan “start schedule” dan bot ini akan jalankan aktiviti boosting bagi pihak anda! Tidak perlu lagi risau akan masa setiap 4 jam nak kena tekan Boost Now. Tidak perlu lagi lakukan carian manual untuk boost secara berkesan.

 

Ada 4 cara anda boleh gunakan untuk boost produk anda di Shopee bersama Shopee Bot:

  1. Boost secara rawak
  2. Boost produk yang viewnya lebih daripada
  3. Boost produk yang viewnya kurang daripada
  4. Memilih produk sendiri untuk dilakukan aktiviti boosting secara berkesan dan efektif (fokus)

 

boost produk dengan shopee bot secara automatik
Anda lihat terakhir bot boost pada jam 5.48 petang. Boost ini berjalan selama 4 jam, jadi patutnya akan berakhir pada jam 9.48 malam.

 

Buktinya bot ini berjaya lakukan boosting anda boleh cek di apps Shopee

 

fungsi boost di apps shopee
Jam menunjuk waktu 8.20 malam, masih dalam waktu boosting dan ya di shopee apps membuktikan bahawa shopee bot ini melakukan kerjanya dengan baik sekali. Yeay. Mudah kan?

 

Alhamdulillah, saya sudah gunakan Shopee bot ini hampir4 bulan dan tiada masalah berlaku. Malah, setiap kali ada perubahan algorithm di Shopee dan perlukan update bagi bot kami, anda akan dapat updated version secara percuma. Malah ada group support lagi untuk membantu anda.

 

Yang baik kita share, jika anda serius nak tingkatkan sale di Shopee anda patut dapatkan Shopee Bot Cybersona kami hari ini!

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *