Diari Bisnes Mom

Writer Block

Setelah berazam untuk memulakan blog baru bagi emmemarina.com, terus saya dapat writer block syndrome. Kaku untuk menulis. Saya hanya dapat siapkan setup blog sahaja dan kemudian zero!

Berhari-hari, saya termenung. Kenapa tak boleh nak tulis blog?

Nak tulis apa?

Bila nak mula ni Emme?

Sehingga stress jugalah kepala saya ni. Dah berazam tak mula-mula lagi pulak. Dah tu bila nak start menulis?

Blog lama saya, anda boleh singgah jenguk di emmemarinamohamad.blogspot.com

Banyak dah content di sana, cuma saya pening dengan selenggara yang tidak teratur. Tapi slowly nanti mana-mana content yang sudah ada di blog lama, saya pindahkan ke sini dan perbaiki sahaja content tersebut. Yang penting, blog baru perlu bermula 🙂

Cuti sekolah sudah bermula hampir 2 minggu sekarang, Kakak dan Qisya saya masukkan ke kelas mengaji. 2 jam cukuplah. Cuma sekadar untuk isi masa mereka plus saya perlukan masa bertenang tuk menyiapkan kerja-kerja rumah dan bisnes sebelum hectic dengan urusan 4 orang anak sekaligus.

Manage bisnes dari rumah dan jaga 4 orang anak sekaligus susah bak hang!

Kalau ada antara suri-suri yang dapat manage jadual 100% on point dengan baby yang fully breastfeed tolonglah pm saya. Well, baby sejak cuti sekolah bermula susah nak tido, main dengan kakak-kakak 24 jam kalau boleh!

Surirumah dan Bisnes Online

Bagi yang baru pertama kali membaca di blog saya, saya merupakan seorang surirumah sepenuh masa dan bekerja sendiri sebagai online seller. Tiada COD. Sama ada jualan atau coaching saya lakukan secara online sepenuhnya.

Anda boleh lihat apa produk dan servis yang saya jalankan :

Klik sini untuk lihat ye : https://emmemarina.com/produk-services/

 

Masih blurr untuk menulis 🙂

Buat masa ni, saya cuba susun semula strategi bisnes (buatlah,kalau tidak tak kemana kita). Saya baru je amik kelas online dengan BRC, masih lagi dalam kelas. Merangkak pulak tu. Ni dah masuk minggu ke 2, misi saya untuk faham betul-betul dan bertindak sebagaimana yang BRC ajar. Saya harap saya dapat ilmu dan praktikkan sebaik mungkin apa yang BRC dah tunjuk. Tolonglah sangat-sangat emme, jangan buang duit.

Masuk kelas, praktikkan. Dapatkan pulangan 2-3x ganda atau 10x ganda.

Masuk kelas bukan sahaja pulangan yang penting, tapi praktikal ke bisnes sedia ada dapat dikembangkan 100 kali ganda lebih baik dari sekarang ni. Inilah misi kita.

Takde masa dah nak merungut.

Jangan salahkan orang lain, kita ditakuk lama atau rugi itu salah diri kita sendiri.

 

Jika masih tidak boleh move on, anda senaraikan apa bisnes anda sekarang. Boleh buat ke idok?

Nak RM1,000 sebulan sampai 10 tahun ke nak tambah pendapatan dari masa ke semasa?

 

Dan please, jangan samakan orang berniaga dengan orang bermajikan. Rezeki kita tak sama, dan usah kata, ko tak berusaha ke nak tambah income? Dont do that to your friends. Memang wujud gaji 10 tahun RM2,000 tak naik-naik. Wujud.

Wujud juga orang yang hari ni diberhentikan kerja setelah gaji naik ke 5 angka, or bisnes lingkup or harta hilang sekelip mata.

Apa jua anda lakukan, niat kerana Allah dan usah sesekali memperkecilkan rezeki yang Allah beri.

 

Dan satu lagi, JANGAN rendahkan diri sendiri atau orang lain. Berhenti negatifkan diri anda. Berhenti beri alasan. Nak berjaya dekatkan diri dengan Allah dan teruskan usaha. Teruskan belajar 🙂

 

Insha Allah, Allah maha mendengar setiap impian dan doa hamba-hambaNya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *