(NEW) Chat Interface Baru di Shopee Seller Center

Untuk kesenangan peniaga, kini Shopee mempertingkatkan lagi kualiti dan persembahan interface ecommerce mereka. Jika dulu, chatting features di desktop Shopee Seller Center hanyalah sekadar chatting, kini dilengkapi dengan link kepada setiap pembelian dari pelanggan tersebut. 



Anda boleh semak sama ada pelanggan tersebut pernah membeli di kedai anda. Sedang membeli (To Ship) atau membeli tetapi masih belum membuat bayaran (Unpaid). 



Features ini sangat bagus kerana anda tidak perlu lagi tersalah semak status pelanggan. 



Kedua, Shopee memperkenalkan fungsi "Message Shortcut", jika sebelum ini features ini hanya boleh didapati di Shopee Apps sahaja. Bagi saya fungsi ini sangat bagus, sangat berguna kerana kebiasaannya apa yang ditanya oleh pelanggan adalah sama. Dan bagi saya sendiri, setiap kali pelanggan membuat tempahan saya akan chat mereka ayat Terima kasih atas pembelian mereka. Begitu juga ada beberapa produk yang perlukan panduan produk akan saya berikan mesej itu. 



Jika sebelum ini, saya terpaksa berulang antara desktop dan apps. Kini, cukup hanya di desktop view. Tidak perlu bersusah payah rebut handphone dengan anak, atau delay info/panduan kepada setiap pelanggan.

 

Mari kita lihat melalui gambar screenshot di bawah.



Kini button chat di desktop view Shopee Seller Center (icon hijau di bawah) berwarna hijau turqoise dan glowing gitu. Dulu kalernya hijau biasa dan malap. Mungkin menunjukkan perbezaan antara upgrade version of Shopee Chat features.


Bila ada new chatting di kedai anda, anda click pada chat icon dan anda akan dibawa ke ruang Shopee Seller Chat. Tidak seperti dulu, anda chat sahaja di window yang sama.



Ini ialah paparan Shopee Seller Chat. Tambahan baru iaitu Fungsi Pembelian Pelanggan dan Message Shorcut.

Ini adalah contoh jika pelanggan tersebut ada history pembelian dengan anda. Untuk customer ni, status beliau ialah SHIPPING. Bermakna pembelian beliau telah saya proses dan diposkan.

Fungsi Message Shortcut sangat bagus bagi saya. Huhu. Saya memang 100% menggunakan option ini bagi memudahkan interaksi bersama pelanggan. Walaupun robot, anda ubahlah ayat jangan skema sangat kay.



Bonus bagi Message Shortcut ini anda boleh transfer dari Shopee Apps ke Shopee Seller Chat. Begitu mudah dan menyenangkan seller. Gitu. 


Okay, mari kita tengok video yang telah saya siapkan. Saya ajarkan juga cara nak transfer message shortcut tersebut. Selamat menonton dan semoga entri ini bermanfaat buat anda semua.





Anda sudah dapatkan 2 Ebook yang telah saya siapkan buat kalian?

Ebook percuma versi lama, insha Allah saya cuba update secepat mungkin.



Ebook Shopee Free : http://nak.la/ebooksshopeefree




Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan